Sedang2 membelek komik kesayangan my brother, terjumpa page pasal horoskop ni. Tergelak gak ler bila membacanya. Serius!! Memang betul ler..

Oopss!! Apakah yang akan 12 Zodiak lakukan apabila mendapati tidak boleh melayari internet ketika mereka ingin melayari..Jom lihat apakah reaksi atau tindakan mereka?


ARIES - Mine-
Dalam keadaan terdesak, Aries mungkin akan menggunakan wayar yang disambung pada TV, kemudian cuba pasangkan pada komputer. <<-- tak mustahil aku pun buat keje gile cam ni. Giler~~ tak de internet?? Tak bleh tahan~~

TAURUS
Bagi Taurus, keperluan melayari internet tidaklah terlalu tinggi. Sekiranya tidak dapat melayari internet, maka Taurus lebih rela mengira wang dalam tabungnya.

CANCER
Cancer lebih mengutamakan keluarga berbanding dengan melayari internet. Dia rela mengemas rumah, memasak dan mencuci pakaian untuk ahli keluarganya.

GEMINI
Gemini yang sangat prihatin dengan informasi terkini pasti tak boleh tahan dengan hari yang tidak dapat melayari internet. Mereka pasti akan menelefon pihak yang berkenaan untuk mengetahui sebab tidak dapat melayari internet.

LEO
Sekarang tidak boleh melayari internet tidak mengapa. Tapi apabila aku dah jadi pengurus besar, pasti ada orang yang boleh menolong aku menyelesaikan masalah ini. (??? )

VIRGO
Virgo pasti tidak tahan dengan wayar-wayar yang menyambungkan komputer untuk melayari internet. Ini adalah kerana wayar-wayar ini akan menjejaskan keadaan rumah/bilik Virgo. Ia akan membuatkan Virgo tidak selesa dengan wayar-wayar ini.

LIBRA
Libra suka chatting, maka sekiranya di rumah tidak dapat melayari internet, Libra sanggup pergi ke Cyber Cafe semata-mata untuk chating dengan temannya.

SCORPIO
Oh...hari ni tidak dapat melayari internet...Tak mengapa. Telefon juga boleh menghilangkan bosan! Bolehlah berbual2 di telefon dengan teman!

SAGITARIUS
Bagus! Ada alasan untuk keluar rumah lagi!

CAPRICORN
Capricorn langsung tidak mengambil berat sama ada boleh melayari internet ataupun tidak. Capricon menganggap hal ini tidak penting untuknya!

AQUARIUS
Tak boleh online? Tak mengapa! Dengan adanya kecanggihan teknologi, tidak semestinya nak guna komputer melayari internet, telefon bimbit pun boleh melayari internet juga kan? (Genius!)

PISCES
Melayari internet? Buang masa saja. Pisces lebih rela menulis puisi, sajak atau sebagainya daripada memandang komputer. (Weirdo~)