Assalamualaikum .. 안영 ~~ ^_^

Esok hari terakhir aku di office!! huhuhuh -- HOOOORRREEEEYYYYYY !!!!!! Tak terbayang gumbiranya hati aku akhirnya segala penderitaan aku kat opis tu akan berakhir jua...huahuahua!

Tak sangka plak hajat aku nak berenti termakbul dengan menyusulnya tawaran kerja dari KPDNHEP..Alhamdulillah..even its contract, tapi sekurangnya aku dapat melepaskan diri daripada genggaman Ms Chang tu..

Hari Jumaat lepas, pagi tu dia ada suruh aku call Haji Kassim suruh amik surat dia kat opis ..then tak pasal2 dia membebel kata aku cuma call Hj Kassim tu sekali jer, patutnya aku kena call banyak kali..cara dia cakap kat aku ni memang kurang ajar! Siap membebel tu tak ingat insuran mulut langsung!! Aku pun balas la yang aku dah call , tapi Hj Kassim tu sendiri yg call Ms Chang lepas tu and then bg tau dia tak dapat datang sbb dia kena gigit kucing . Pastu ader ke Ms Chang tu balas blk kat aku cakap " Habis, kena gigit kucing takkan tak bleh datang maa...," . Dalam hati aku kata " Bengong tol cina ni!! Kan Hj Kassim sendiri yang bagitau kat dia, apasal dia tak balas balik kat orang tua tu?!!"..
Geram betul dengan dia ni, aku pun menjawab ler " Maner I tau..dia sendiri yang call Ms Chang ckp dia kena gigit kucing, takkan itupun tak ingat?," ..Sejak dia berkasar dengan aku, mulut aku ni lancar jer nak membalas , pastu dengan muka masam aku - aku rasa dia kecut perut kot bila aku tinggikan suara kat dia. Then, terus dia masuk tandas. Pas kuar dr tandas, pandai plak dia nak bergurau dengan aku pasal Mr. Ang <>.. Lantak kau lah Ms Chang. Isnin ni aku confirm blah!! Padan muka kau!! Pas ni mesti Mr Ang mengamuk sakan bila tau aku nak berenti kerja sebabkan Ms Chang tu ~~ Lantak ler..

Pasal keje gomen tu..last week aku g interview. Kebetulannyer aku pernah wat praktikal kat saner...so peluangnyer nak dapat memang cerah sangat..Hanis pun pegi interview kat Parit Buntar ngan Kulim..Alhamdulillah, dia pun dapat. Selasa ni , kami dua pergi sama2 ke PPDNHEP Ipoh..jumpa balik staff2 yang banyak tolong aku waktu praktikal dulu..huhuh..besh nyer!! Selamat Tinggal Ms Chang !!

1 Bulan 10 Hari ..Simboliknyer angka ni..hehehe..aku cuma sempat keje untuk waktu yang begini singkat. Walaupun sakit hati, tapi sekurangnya pengalaman bekerja dengan orang yang kureng ajer sedikit sebanyak menyedarkan aku , betapa rendahnya darjat bangsa itu jika tiada budi bahasa.

.. Sekian untuk laporan buletin Ahad..




Assalamualaikum ~~ 그리고 안영 ...

Lama betul blog ni terbiar tak dikemaskini. Bukan sebab tak dapat online ke aper, cuma malas nak menulis .. ceritanya ada, tapi bila dah online tu tak ingat langsung nak update blog..aper punya tuan blog ler aku ni. Hari ni 'ter' rajin la plak nak update blog yang tak seberapa ni ~~ kui kui kui ~~

Past 2 weeks, finally aku konvo gak walhal umur pun dah 25 .. bak kata orang, jangan tak merasa jer .. Dalam pada tu, aku melaram sakan lar waktu konvo 16 Mac aritu ..syok sebab dpt pakai baju yang muat-muat badan..bukan senang nak maintain badan cam skang. Tiap hari kena jaga makan, nasib skang dah keje..so aku tak lah makan byk sgt, tu pun bawa bekal ke office sbb kat kawasan office aku ni takder kedai makanan melayu..mostly chinese restaurant lar kat cni..Elok gak, takder la buang duit sgt..

Cerita pasal keje ni, aku start keje tengah bulan Februari..Pengalaman keje memang takde langsung so, waktu apply keje tu aku cakap aku ni just ader diploma jer..pastu keje pun kat kedai kek ler..kerani kedai kek .. tapi Alhamdulillah dapat keje kat ctu walau gajinyer ciput jerk.. First day keje tu mmg aku rasa nak nangis sbb salah sorang staff dier yang diberi kuasa oleh boss aku utk beritahu apa keje2 aku ni, cuba berlagak kononnya dier yang plg berkuasa..Memang aku tak pernah ditengking oleh orang..jadi bila dia tengking aku first day keje, mmg tak dinafikan hati aku tersentap, hampir2 menitis ayer mata ..huhuhu, tapi sbb aku ni keras hati tak nak nangis dpn dier, aku tahankan ajer.. sumpah lepas ni, jangan harap aku nak hormat dier walaupun dia ni lebih tua..Pada aku, apa salahnya kalau aku tak tahu ..beritahu aku elok-elok, bukan nak suruh dia berlutut kat aku, just please jgn tinggikan suara tu dan buat muka yang menjengkelkan..

Hati aku terubat sket bila sorang staf Melayu kat opis tu beritahu 'perempuan' tu mmg cam tu bila ader pekerja baru..dia nak tunjuk lagak pandai dier..Actually , perempuan yg aku maksudkan ni perempuan bangsa cina..dah tua pun dalam 60 tahun cam tu..tp kalau korang tgk dier, memang tak caya yg dier ni dah 60 tahun...

Skang ni, bila dia sengaja nak cari salah aku, yang aku buat cuma membatukan diri then buat2 sibuk dan tak layan ape yang dia leterkan ..sudahnya, terpaksa ler dia beredar dr tempat aku..
Bila dia marah-marah aku atas hal yg bukan salah aku, skang ni aku dah pandai menjawab..dan kadang-kadang sebab terlalu sakit hati + marah teramat sangat, aku jawab dalam suara yang tinggi, pastu buat muka masam! Sah pastu dia pelan2 mengundur diri, dan tak ganggu aku sepanjang hari ... AMAN dunia!!

Baru-baru aku baru jer pegi walkin interbiu..rasa2 cam ader harapan, dan maybe akan mula keje awal/tengah bulan April ni..dapat gaji bulan tiga, aku nak terus blah camtu jer..malas aku nak keje kat situ lagi...Ikutkan boss aku ni baik orangnyer..tapi 'kerek' staff yg aku citer ni adik ipar dia..so, perempuan tu sesuka hati jer nak tengking aku..kekadang depan boss aku pun ader gak dia nak cari salah aku..sengaja!!

Tak sabar rasanya nak tunggu sampai minggu depan ..Doakan aku dapat la keje kat tempat baru tu yer.. ^_^

p/s : Blog ni dah jadi cam ruangan 'Melepaskan Geram' plak..tapi ok gak, at least ape yg terbuku aku dah luahkan..lega sket !!



Free Image Hosting
Lepas Konvo .. Serba Hijau..Mentang2 ler Kedah ni 'ehem ehem'..pandai aku pilih warna baju ^_^




Free Image Hosting

Bersama abah tersayang yang banyak berkorban masa dan wang ringgit demi aku




Free Image Hosting

Bersama mak yang susah payah melahir , membesarkan , melayan karenah aku ^_^ tanpa rungutan di hati



Free Image Hosting

Bersama family ^_^

....

..

.

Me ^_^



Free Image Hosting

...

..

.

Finally Me & My prens... <>

Free Image Hosting

16 March 2008

FEEDJIT Live Traffic Feed

Funny when you wait for the right person to come, You always end up with the wrong one...
But when you just sit at one corner and forget that the right person exists, he comes and ask if he could share that corner with you - FOREVER

Siulan Chen-ta

Daisypath Anniversary tickers

NuffNang

Sapekah saye?

Foto Saya
Intan Suhana
Ipoh, Perak, Malaysia
* permata intan payung bg hj nasir & hjh fuziah * hantu drama2 jepun & korea * tenet freaks * pinkholic * shopaholic * pecinta setia ^_^ * sangat pemalu -- :P * penah bercita2 mahu jadi pelakon + penyanyi w/pun tau sore tu sumbang * a bit sombong klu masa mula2 knl.. * sanggup habis berjam2 dpn pc, xplo photoshop,video editing,blogging
Lihat profil lengkap saya

Ske Layan

Sembang Aje

Ske Blogging