Assalamualaikum

Annyeong haseyuu…

Semalam aku baru jer cuba buat korean side dish iaitu Kimchi. Sebenarnya dah lama nak buat, tapi tak terbuat-buat. Bukan apa , selalu dok tengok orang Korea makan , apa salahnya kita cuba buat memandangkan bahan-bahan dia tak adalah rumit sangat. Aku buat ni pun ikut resepi kat internet . Dalam buku pun ada, tapi aku nak gak tahu samada cara dia sama ke tak. Walaupun banyak variasi cara membuatnya, tapi bahan-bahan sama saja, cuma mungkin cara mencampurkan bahan-bahan tu yang berbeza. Akhirnya jadilah kimchi buatan Intan. Mak aku hairan apa yang aku buat tu. Nampaknya hanya aku sorang jer yang akan makan kimchi tu sebab diorang yang ada kat rumah tu bukannya tau pun. Malam tadi aku cuba makan dengan nasi . Itupun nasi tinggal kerak-kerak ajer..aku bantai jer makan. Not bad ! Cuma pedas sangat ..Sebiji kobis cina boleh dapat satu bekas sederhana. Patutnya aku kena simpan dalam dua tiga hari. Tapi malam tadi tengok citer Korea. Kebetulann pelakon dia cam sedap jer makan kimchi dengan nasi. So, aku pun terliur gak lah..kuikuikui! Ok lah.. kat sini aku tempelkan resepi yang telah dicampur aduk daripada pelbagai sumber. Insya-Allah kimchi tu menjadi. [Aku tak sure rasa kimchi yang aku buat tu sama tak dengan kimchi buatan orang Korea]

Kimchi

  • 1 biji kobis cina
  • 5 – 10 batang daun bawang
  • Garam – 50 gram
  • 4 sudu / 20 gram Serbuk Cili Korea / Serbuk Cili /Serbuk Lada
  • 2 – 3 ulas bawang putih [dihancurkan/ditumbuk ]
  • 2 sudu gula
  • Sedikit halia – 5 gram [dihancur / ditumbuk ]
  • Setengah bawang besar [dipotong dadu]

Cara Membuat :-

  1. Bilas kobis , kemudian bahagikan kepada suku secara membujur / memanjang – buang batang dan potong kobis secara sisi / lateral dimana anda sepatutnya mempunyai bahagian besar berukuran dalam 5cm pada sebelah tepi. Jangan terlalu terbawa-bawa semasa melakukannya.
  2. Kemudian letakkan kobis yang telah dipotong tadi ke dalam plastik bersih yang tidak mempunyai lubang dan taburkan garam ke setiap lapisan kobis tersebut.
  3. Untuk memastikan kobis di garamkan sama rata , percikan garam pada tangan anda yang basah , kemudian lumurkan pada setiap lapisan kobis tersebut. Setelah siap , letakkan ke tepi selama 5 – 6 jam. Periksa kobis tersebut lepas 3 jam untuk memastikan semuanya elok – kacaukan kobis tersebut sekiranya diperlukan.
  4. Keluarkan kobis daripada rendaman garam dan bilaskannya sekiranya diperlukan. Kobis tersebut sepatutnya lebih lembut daripada sebelumnya. Sekali lagi , buangkan lebihan air. Letakkan kobis tadi ke dalam bekas yang tertutup.
  5. Tambahkan daun bawang yang telah dipotong kecil.
  6. Tumbuk bawang putih dan halia sekali dan campurkannya.
  7. Anda juga boleh menambah ½ bawang besar yang telah dipotong dadu sekiranya mahu.Tambahkan serbuk cili merah dan kemudian masukkan 2 sudu gula.
  8. Lumurkan / ratakan serbuk cili tadi pada daun kobis sama seperti melumurkan garam tadi. Sekiranya warna tidak cukup terang , tambahkan serbuk cili . Lebih baik melumurkan serbuk cili dengan menggunakan sarung tangan plastik.
  9. Setelah siap diratakan , tutup bekas tadi dan simpan di dalam peti sejuk selama tiga hari.
  10. Kimchi telah siap sedia untuk dimakan dengan nasi .



Kimchi buatan Intan

Memandangkan aku masih menganggur , jadi aku pun carilah resepi buat kek dan muffin. Tapi aku ambik resepi yang senang-senang ajer lah..Kalau yang susah tu, lambat lah aku nak cuba. Sebenarnya aku ni tak pernah buat biskut raya + kek secara sendirian la. Kalau tolong mak sikit-sikit tu , boleh lah aku survive. So, kali ni aku nak cabar diri aku buat kek Tiramisu. Mana taknya..kalau aku pandai wat kek tu, tak payahlah aku korbankan RM5 untuk beli sepotong kek tu. Rupanya senang ajer nak wat Kek Tiramisu tu. Nantilah..bila aku berjaya buat nantil, aku poskan kat blog ni sekali dengan resepi dia sekali. Agaknya berapa lama nak tunggu aku buat kek tu ek’? Aku sendiri pun tak pasti ..heheheh ^_^ Sebab aku nak cuba gak buat kek, aku rasa aku patut mulakan dengan membuat cupcake yang simple. Boleh bagi Syiera rasa kek buatan tangan mak ngah nyer ni !

Tengahari tadi aku ajak mak pergi pasaraya kejap nak beli bahan-bahan buat Chocolate Fudge Cupcake ..panjangnyer nama dier..tapi nak buat nyer senang aje..Dalam kol 5 ptg tadi dah siap dah. Cupcake ni boleh dibakar atau dikukus. Sebab aku pemalas sket kan..so aku kukus aje lah Cupcake tu..Siap wat ising lagi..tengoklah nanti aku nyer decoration..hahaha..mesti Syiera ske..warna warni! Sekarang aku tengah sejukkan dalam peti sejuk..malam karang barulah aku pos gambar dia kat sini..

Tak tau lah nak panggil cupcakes ke muffins..rasa cam muffin jer..SEDAP woo..sampai menjilat jari!! Maksu pun tambah dua biji~~ kui kui kui ..

Wokay lah..next week anniversary mak dah abah. Masa cuti Krismas ari tu, aku ngan maksu ikut ejam pegi Explorace yg dia anjurkan..boleh tahan gak adik aku ni ek..actually ejam ni penggerak belia, so dia kena buat satu program .. kami pun support ler dia..aku jadi photographer amatur masa majlis perasmian dia..hehehe..abis wat Explorace tu , kami pun g lah shoping complex nak belikan hadiah untuk mak dan abah…Tapii sbb aku ni ‘makan anggur’ banyak sangat..duit pun takder..ejam yang belikan hadiah tu..Fuyoo!! Seronok ler abah sebab dapat handset baru..selalu jer komplain handset dia dah buruk..tak mcm handset org lain..nah..skang ejam belikan yang latest lagi! Buat mak pun , ejam belikan handset ..tapi jenama Nokia yang tak la mahal macam abah..Oleh sebab mak selalu tinggal handset dia kat rumah..plus dia ske angkat tepon jer..Ejam pun belikan untuk dia yang bersesuaian. Mak tahu yang ejam nak hadiahkan handset, tapi tak tahu plak ejam pun nak hadiahkan dia hanset gak..Kalau lah aku ada duit..memang nak beli..^_^

Wokay lah..tinggal baper hari lagi nak masuk tahun 2008..umur makin meningkat ~~ Azam dulu tak tercapai lagi..so kali ni AZAM 2008 mesti melunaskan AZAM 2007 ! Adios !! Annyeong hi kaseyo..Aja! Aja! Hwaiting !!

p/s : Syiera makan sampai mulut penuh dengan warna coklat..cute!! Tapi cam biasa la..dia cuma interested kat bahagian atas jer..yang lainnya sumbat dalam mulut ayah chik nyer ~~