Aku start suka balik tengok drama Jepun ni lepas tengok cite Hana Yori Dango Returns . Lepas tu , rasa seronok plak nak tengok cite-cite Jepun !! Kemudian aku download citer Love Operations atau tajuk dalam Jepunnya Proposal Daikusen. Drama ni agak mengecewakan dari segi endingnya. Sorry ya for those yang tak pernah lagi tengok cite ni ..aku bagi spoiler la plak!! Baik jangan tengok..sebab merugikan !! Awalnya nampak macam menarik untuk ditonton , tapi semakin lama .. semakin kita diperbodohkan oleh pengarahnya !! Lepas aku tengok ending cite tu , rasa nak hentak aje laptop kat depan mata .. tapi tak jadi sebab bukan salah laptop aku citer ni jadi macam tu ..heheh ^_^
Then aku beralih tengok citer Hana Kimi versi Jepun . Versi Taiwan agak meleret dan heroin dier tak cute . Versi Jepun rasanya ok lagi sebab sume pelakon lelaki die hencem2..Citer Hana Kimi ni aku lom tengok habis lagi sebab tak der orang tolong uploadkan kat stage6 . Tapi aku akan tetap download guna Veoh..tunggu aku pegi office ayah aku nanti baru aku bleh donload..kakak..mempergunakan ruang yang ada , apa salahnyer ? Skang aku tengah menantikan episode terakhir Hotaru no Hikari ..
Citer Korea aku tak bleh nak download sebab no one kat stage6 ni nak tolong uploadkan. Banyak drama Jepun jer kat sini.. nak buka Veoh kat pejabat ni memang tak bleh, diorang sekat site streaming ni.. Okay lah , skang aku nak introducekan citer Hana Yori Dango Returns.Sape2 yang tak tengok lagi Part 1 , baik tengok cepat2..baru ade feeling nak tengok Hana Yori Dango Returns 2.
Hana Yori Dango means Boys Over Flower is based on Japan’s Manga . Actually , drama ni dah dibuat dalam versi Taiwan dengan tajuknya Meteor Garden. Tapi , versi Japan dah dibuat sebelum tu , tapi dah lama la. Akhir 2005 , Jepun buat semula drama ni dengan versi yang lebih baru dan segar . Kalau Jerry Yan melakonkan watak Domyouji Tsukasa aka Ah Si , bagi versi Jepun dilakonkan oleh ahli kumpulan lelaki terkenal Arashi iaitu Jun Matsumoto . Jun Matsumoto pernah melakonkan watak yang berkesan dalam drama siri Gonkusen . Manakala watak Makino Tsukushi aka San Chai dilakonkan oleh Inou Mao .
Kalau nak dibandingkan dengan versi Taiwan memang jauh beza. Versi Taiwan watak Domyouji Tsukasa lebih handsome , tinggi dan raut wajahnya sesuai . Tapi watak Domyouji versi Jepun yang dilakonkan oleh Matsumoto Jun tak berapa menyerlah maybe sebab dia agak pendek kot ? But overall , still love to watch both Hana Yori Dango Returns version!! Nak buat macam mana ya ? Aku ni big ghost of serial drama!!! ^_^ . Walaupun Matsumoto Jun tu tak handsome cam Jerry Yan , tapi lakonan dia menjadi la , especially bile dia buat muka blur time Tsukushi betulkan perkataan yang dia tersalah sebut. Ekspresi muka dia time tu mmg cute . Nanti aku pos slide show muka dia yang blur tu . 3 lagi member F4 pun bleh tahan gak , Inou Mao plak memang lakonan dia superb , lagi real dari lakonan Barbie Hsu versi Taiwan . Untuk Hana Yori Dango Returns ni lebih best dari yang satu rasanya sebab banyak konflik antara Tsukasa dan Tsukushi !!
For episode 1 , kalau korang dah tengokHana Yori Dango 1, Domyouji Tsukasa nak pergi New York sambung study dier kat sane. Tapi , Domyouji Tsukasa dengan Makino Tsukushi dah declare as a couple. Berbalik pula pada Episdoe 1 ni , Domyouji Tsukasa aka Tsukasa dah hampir setahun ignore Makino Tsukushi aka Tsukushi. Tiap kali Tsukushi call , Tsukasa tak jawab pun panggilan tu. Sikap dingin Tsukasa membingungkan Tsukushi ditambah lagi tiba-tiba dia diberikan kad merah . Kad Merah bermaksud Tsukushi dibenci oleh kumpulah F4 yang terdiri daripada Tsukasa sendiri, Hanazawa Rui , Mimakasa Akira dan Nishikado . Episode 1 ni tak terangkan kenapa Tsukasa enggan melayan panggilan telefon Tsukushi , tapi 3 episode terakhir maybe akan terangkan sebabnya. Then Tsukushi pergi ke New York atas tiket yang dimenangi oleh bapanya sewaktu Hari Ulangtahun Syarikatnya semata-mata mahu berjumpa dengan TTsukasa dan bertanyakan sebab kenapa Tsukasa suruh juniornya hantar kad merah dan menderanya di sekolah. Aku berikan sedikit ringkasan episode 1 dalam bentuk slideshow ..ada translation setiap gambar dalam slideshow kat bawah ni. Have a fun!! Next time aku buat slideshow ringkas untuk episode 2 sampai final episode . Bye bye !
~Episode 1 :: First time Tsukushi tiba di New York ~
~Episode 1 :: First time bertemu setelah setahun berlalu . Sikap Tsukasa pada Tsukushi yang dingin buat aku rasa geram ngan dier .. ~
~ Episode 1 :: Waktu ni Tsukushi nakkan penjelasan dari Tsukasa. Geram giler tgk Tsukasa layan Tsukushi cam tu !! ~
~ Episode 1 :: Tsukushi meluahkan isi hati dia pada kakak Tsukasa lakonan Nanako ~
~ Episode 1 :: Tsukushi teringat balik kenangan bersama Tsukasa [ Hana Yori Dango 1 ] ~





0 komen:
Catat Ulasan