Pink!!


Salam

Tengahari tadi mak & abah ajak pegi tengok umah baru. Skang ni hampir 85% siap. Yeehhaaaa~~~ syoknye nak dapat bilik baru! ^_^.

Dari kecik idaman kalbu nak bilik warna PINK! Walaupun umo dah 26 nak masuk 27, perasaan girly tu tetap di hati. Tengok drama-drama korea yang bilik dorang sme warna ceria2 jer..menambahkan lagi keinginan aku nak kaler  tu. Hmm..nampaknya hampir termakbul!

Dah decide tadi, bilik aku nanti warna Blossom. Hmm...dalam hati dah berbunga-bunga jer. Tak sangka bilik aku nanti warna Pink. Sebelum ni tak boleh nak pilih-pilih sebab rumah orang kan. Buat membazir jer cat warna yang kita ske. Kali ni, abah dah bagi green light amik warna yang aku nak.

Sambil-sambil google warna dari Nippon Paint, aku terjumpa contoh bilik ni. Agak comel warnanya. Sesuai dipadankan dengan perabot warna putih.


kaler pink ni agak terang sket. My paberet ~~


agak soft kaler ini..but aso my paberet ~~



agak keungguan sket..but the colors is still in my list..

agak2 mana satu ok? hehe..sbenarnya sme nye ok jer..apapun kalau dah itu yang aku nak..itu ler pilihannya. ingat nak beli set perabot putih. Dah servey kedai yang jual set tu.Tapi kan..sebab tak cukup lagi simpanan-ku, tangguh dulu nak beli satu set perabot putih. Janji kaler bilik tu warna Pink, pun dah puaskan hati aku. Abah nak beli cat yang washable tu. So, agak senang ler kalau tiba2 shira masuk dalam bilik aku, dia conteng2 bilik nanti..bleh padam balik. Skang ni shira dah makin boleh tahan nakal dier. Ada aje barang-barang dalam bilik tu beralih arah. Kadang-kadang sakit hati gak! Aissshh..lama tak cite pasal shira, so amik kesempatan masukkan part die dalam blog ni~~ ^_*

Salam ..

Pagi ni rasa lega sangat-sangat! Hati pun dah senang.
Jiwa yang kacau sudah tiada lagi. Hahah..sekema-nye!
.
.
.

Janji tak buat lagi!! ^_^
Angah janji tak buat lagi apa-apa yang tidak menyenangkan hati mak. Angah tahu mak sayangkan angah sebab  angah satu-satunya anak perempuan yang mak ada.
.
.
.

Angah ni kadang-kadang degil, ego sangat-sangat..dah tua-tua pun masih merajuk dengan mak sendiri.
Teruk betul angah ni kan! o(╥﹏╥)o
.
.
.

Angah sayang sangat kat MAK!!

Salam

Semangat betul nak update blog pagi-pagi nih »-(¯`v´¯)-». Syok sebab tgh cuti. Esok pun hamba cuti gak. Besh-nyer ..●•♪.。

So, semalam hari yang amat best sebab my chen-ta dtg ipoh. Gedik sungguh kan? My Chen-ta. Hehehe..so byk orang len dah gelarkan boipren dorang dengan macam2 gelaran. Saya pun nak juga ○( ̄﹏ ̄")○ heheh  sabo je lar ye.

Kali ni nye date mmg takde plan2 pon. Tiba-tiba jer tanya Ahad ni free tak. Hehehe..FREE aje kalo bab2 mcm ni yer Cik Intan! Dalam pkol 11 lebih si teruna dah sampai depan umah si dara (>_<). Tempat utama semestinya JUSCO ler. Mane ade tempat len lagi nak g date kan? ee...tak besh langsung!o(╥﹏╥)o. Sebelum tu plan2 nak pegi satu tempat ni. Tapi, dah nk masuk tghari plak tu..panas terik. Tak sesuai langsung pegi time2 gini. Sebab tu ler terus je gi JUSCO. Makan-makan kat Johnny's. Tapi lagi best kat tempat yang kami buka pose aritu.


Hanya ni je yang kami mampu makan *tgh sengkek ni* Hehe..takler. Hanya desert jer yang sempat aku snap. Noodles & Rice Chicken die tak sempat nak tangkap, dah licin~~kuikuikui(¯`v´¯)


Pas makan, kami jalan-jalan kejap. Dah boring sangat, kami pegi nek atas men boling. Nak tau sape yang menang? Heheh..mestilah Ratu Longkang ini yang menang. Tapi kan ..pelik ajaib sungguh. Kali ni sekali dua je masuk longkang. Yang len, strike and spare je tau. Ish2..adakah kehandalan ku sudah semakin terserlah? (●*∩_∩*●) Jangan marah yer..nnt kena JUAL~


Tgk gaya pun, dah tentu tak jatuh pin tu. :P Tak pe..abang Raja Longkang, ayang pun tak kisah  jadi Ratu Longkang ...

Heheh..ini hanya untuk sonok2 je ek. Tapi ske ble pin2 tu jatuh je sme. Cam hebat sangat. Kami men 1 game jer, mmg rasa cam kejap sangat. Pastu kami g surau , solat Zohor dulu. On the way nak pegi surau, ter'kantoi' dengan sorang member ni. Hehehe..nasib dia dah tak satu opis. Yang best nye, aku bleh plak tak nampak dia depan mata. Dia siap tarik tangan aku lagi..huhuhu..gomen-neh~~ tak terperasan kawan sendiri ble dah jln2 dgn pak we ni. hehehe..hampeh nye kawan!

Then, my chen-ta ajak pegi tempat yang kami nak rancang awal2 tadi. Hmm...? Ok ke pegi skang? Ramai ke yang pegi tu? Dibuatnya kami je yang pegi? Boring ler klu kami je yang pegi. Tapi, sebab dah boring jalan-jalan kat JUSCO ni, so kami pun blah dari situ. Jeng Jeng Jeng!! Tak sangka pegi juga aku ke sini. Pas die kata nak ajak kuar ari Ahad, aku terus cari tempat2 yang sesuai nak date.Hehe..sampai search kat tenet tu! Iye lah..kat Ipoh ni mane lagi tempat yang best nak date kan? kalau nk ajak g jauh2 cam Cameron aritu, cian plak kat die nak drive. Dah ler datang dari Teluk Intan, pastu sampai nak date kena g jauh2 lagi. Last2 jumpa gak tempat dekat2 sini.

Kami terus gerak pegi ke jalan nak menuju Kuala Kangsar. Hehee..pas korang nampak sign IPOH kat gunung tu, ade Petronas kan? Belok jer kiri. Terus jalan tu nnt korang nampak sign board die.

GUNUNG LANG RECREATIONAL PARK.


Gambar ni aku cilok dari SINI. Yang real nye, tak de pun signboard dia. Dah kena curik kot ^^

Sampai kat situ, ada banyak parking lot. Korang bleh park kat mane2 jer. So, kami pun pegi beli tiket nak nek bot. Kena naik bot? Sudah semestinya. Kalau korang larat, cuba ler berenang nak pegi sane. Hehehe..loyar betol! Sebenarnya tempat ni macam tasik buatan. Eh! Memang tasik buatan kot. Agak2 ramai yang tak tau tempat ni , termasuk aku n my chen-ta yang dah penah dok kat Ipoh ni. Aku ingat jalan nak pegi sini, ada taman perumahan jer. Mana tau ada tempat seindah ini. Ceh! Ayat tak tahan!

Semua-semua...nak pegi taman rekreasi ni kena naik bot. Tambang pergi balik RM3.00 untuk dewasa. Budak2 RM1 kot.

Tak sempat nak duduk, ada sorang mak-cik minta kami tolong tangkapkan gambar dia n anak2 dia. So, my abang ler yang tolong amikan sbb saya nak pakai jaket tu. Saya tak pandai berenang ok. So, kena pakai walaupun cam gitu2 jer. Pastu, giliran kami plak ye ~

Attention PLEASE ! Ini tempat untuk beriadah..menikmati keindahan alam. Bukan tempat wat mende tak tentu alah yer! Hehehe..Sampai sane, kami jalan2..amik gambar (semestinye!) borak2..


Saya yang dalam keresahan. Resah takut kena patuk ngan burung unta!
Saya sudah semakin gumuk!!!


Sebab berdua jer..gilir2 amik gambar sendiri! (-'_'-) 



encem tak jejaka yang berbaju merah tu? hehehe
Akhirnya bergambar berdua sebab guna self-timer. Cuak gak takut kamera terjatuh ditiup angih..heh??!!


Pemandangan dari atas. Lawa tau. Berangin sama. Best sebab dah penat2 nek tangga..rehat2 kat atas. Kalau bawa mknan berkelah kat sini pun best gak!


tgk2 ikan yang beso2
siap ada kura2 lagi..



Sempat soh akak tadi amik gmbar kitorang.

Overall..mmg teramat amat amat hepi sbb dapat g dating..hehehe Puyu jer~~~❤
OK! Sampai di sini saha report aku untuk aktiviti semalam! Adios yer..



...



+ +  ini adalah antara pikces yg telah 'dipaksa ambik' oleh Encik Bad. ++

Memandangkan dalam bape jam lagi, akan masuk bulan baru a.k.a November maka eloklah hamba ini update sket entry yang kosong ini yer. Oktober adalah bulan paling hectic skali dlm hidup-ku. Heheh..ekceli, bulan September juga yer!

Awal bulan SEPULUH untuk lima hari berturut-turut, aku n dilla terlibat dalam acara Kuiz Pengguna Peringkat Kebangsaan. Dekat2 hujung bulan plak, kami bz dgn Pelancaran Kelab Pengguna IPT ni. Event mmg nampak singkat, tapi nak handle dari mula2 mmg memenatkan. Itu ini tak kena. Masalah tu, biar je kami yg simpan. Kalau nak cite, satu muka penuh pun tak cukup. o(╥﹏╥)o

Both event sebenarnya adalah kenangan buat aku sebenarnya. Walaupun kdg2 sakit hati - tak puas hati - kering hati - heheh sme lar yang ada kaitan dgn hati ni, tapi ble dah abis majlis rasa lega yang amat2 sangat.Dan yang paling penting, kita meramaikan network. Betul tak ? (◕‿◕✿)

Lepas ni tak tau plak event ape yang BOSS nak soh seksyen kami handle. Lagi nak dekat hujung tahun, lagi byk le idea  dia nak realiti-kan. Its OK sebenarnya nak laksanakannya as long BOSS tak bagi pressure kat kami ni ○( ̄﹏ ̄")○. Bleh kan BOSS(*^ -^*) ? ++Mcm le dia baca blog aku ni++


intan wif umar

  intan wif umaradlin (anak2 buah dilla yg cumey)


++ entry ini ditulis pada Sabtu, 31 Oktober 2009 ++

Tak bleh tidak, kena diakui bahawa aku adalah seorang yang paling tidak tetap pendirian. Nape ye statement aku ni malam2 ni? Ini adalah kerana aku telah  JATUH CINTA BUAT KEDUA KALINYA dengan drama2 Jepun. Dulu alangkah bangganya aku mengagumi drama-drama cinta dari Korea. Tapi, dua hari lepas selepas menonton cite ni, aku adalah pecinta tidak setia. Wah~~ beraninya statement aku malam ni ya. And ape kes cite yang dua malam lepas aku tengok mahu dikhabarkan dalam blog aku malam ni? Well..semalam hamba terlalu mengantok and tido awal. So malam ni adalah malam berpesta!! kya ~~ ヽ(´▽`)/

Ooppss!!(X_X) Bleh tak tukar balik statement atas tu? Aku hanya-lah terlalu rapuh pendiriannya bila bab2 gini, bukan dalam percintaan ye!~~ Ayat cover tuh!!

Al-khisahnya aku saja2 download satu cite jepun ni. Title die JIN. Bukan jin-perkara ghaib tu ye. JIN di sini adalah berkisarkan kisah seorang lelaki Jepun yang bernama Minakata Jin yang telah hilang semangat kerana kegagalan pembedahan yang telah dijalankan ke atas teman wanitanya. Satu hari Minakata Jin telah pengsan di hospital dan apabila terjaga, dia telah kembali ke Era Edo iaitu zaman Samurai (Edo adalah nama bandar sebelum Tokyo). Dia kemudiannya diserang oleh seorang Samurai, tetapi telah diselamatkan oleh seorang pemuda bernama Kyotaro. Ketika hendak menyelamatkannya,  Kyotaro telah cedera parah di kepala dan menyebabkan Minakata Jin terpaksa melakukan pembedahan tanpa sebarang peralatan bedah yang moden. Oleh kerana itu Saki, adik perempuan  Kyotaro mula berminat ke atas Jin dan menjadi pembantunya. Dalam pada masa yang sama, Jin berusaha untuk mencari jalan keluar untuk kembali ke zaman-nya.

Kalau citarasa korang masa tengok drama ni lebih kepada seorang hero yang hensem macam Takuya Kimura (hensem ke? Naa~~ tak minat die larr) or Matsumoto Jun ( hehe..love him!!), baik lupakan saja tengok drama ni. Nape? Sebab hero cite ni memang tak hensem (at first larr). Tapi lepas tengok separuh dari episod 1 + heroin die mmg aku minat gak ~ so cite ni aku akui memang tak rugi tengok!! Dah lama betol tak tengok cite Jepun dolu2 yang pakai pakaian tradisional Jepun n terompah opah tu. ^_^ Last tengok cite2 gini waktu kecik2 dolu. Ingat tak cite Akatare? Hmm..rasanya bukan itu tajuknya. Tapi lagu tema dia agak2 gini lar sebutannya “Akatare..akatare”. (^o^)

Berbalik plak cite die (haish~~ byk plak simpang2 nye cite aku ni!!), agak thrill gak tengok cara Minakata Jin ni wat operation guna peralatan2 mcm penukul besi n so on. Nak cite kat sini pun tak tau cam ne nak describe. Yang besh nye, nak tergelak tengok Saki nye okasan yang gelabah semacam je tengok Jin ni bedah kepala anak dia guna penukul besi tu! Kuikuikui~~~





Cite ni baru 2 episode ditayangkan di Jepun, subtitle nye pun cepat aje release maybe sbb cite ni mmg priority bagi subber tu kot. Bese-nya kalau cite tu kurang dapat sambutan maka potensi subtitle cite tu release awal adalah 5% ye, kawan2. Tak pasti la kalau korang tau ke tak kat mane aku selalu download cite2 Jepun ni.

Meh sini Cik Intan cite kan. Sape2 yang dah tau tu, abaikan aje lah ye :)Sebab dah ber'streamyx' ni, aku selalu download kat d-addict guna torrent. Mesti ade torrent client dulu. Aku guna BitCommet, thanks to Ina Kuning sbb die la aku guna mende alah ni. Kalau cite ni baru saje diletakkan dalam d-addicts cepat2 lah rembat OK! Sebab-nya time tu la ramai yang download cite ni. Makin ramai orang download, makin laju lah speed download kita tu. Untuk subtitle plak, bleh dapat dari d-addict gak. Search je kat link Subtitle Forum or Subtitle Index kat kanan website d-addict tu, mesti dapat nye!

Kalau tak guna torrent, bese aku dapat dari blog ni. Kadang2 ade yang memang takde sape nak sub cite ni, so dia tak letakkan link untuk subtitle.

* skang tgh layan cite korea You're Beautiful jer...try gak nak tanamkan minat tgk cite IRIS, tp cam xble jer. Tak gemar sgt tgk byk sgt part aksi2 ni + lg2 part tembak2, tumbutk2..borink ler..* 

** mlm ni nak tunggu my zettai kareshi... wind-uuu sungguh (^_^')

Jarang betol aku blogging pagi-pagi ni. eh?? pagi ke? dah masuk tengahari cik intan ooii..
Ni sebab nya gara2 sakit hati dengan seseorang yg ske kipas2 bos ni!

OK. Betullah kalau silap aku asyik guna pc sorang staff ni yang tak bape banyak sgt nak guna pc sbb tugas die kat kaunter. Tapi kalau dah sendiri pun takde pc, laptop opis plak lembap cam hape je...adalah sepatutnya aku guna pc akak tu memandangkan kat situ ade software photoshop. Lagipun guna pc tu nak wat keje, design2 banner,bunting,buku aturcara yang sememangnya 100% bukan bidang aku. Wat keje ni pun atas sukarela sebab aku ade skill dlm design2 ni. Bukan nak berkira, tapi bila ada sorang boss seksyen ni sampai soh aku jangan guna pc tu sebab anak buah die nak wat keje - walhal bukan pc seksyen die pun! ITU YANG BUAT AKU SAKIT HATI. Dari last week lagi die asyik menyendeng2 tepi pc akak tu time aku wat keje.Macam nak halau aku dari situ je. Ade patut die kata anak buah die kena dok kat situ sebab pengarah suoh. Pandai2 je guna nama Tuan Haji!!! Geramnyer!! Aku pun mulut bleh tahan gak dengan selamba reply " Ni bukan tempat anak buah En. TUT. Ni tempat Kak Norm..," Pastu aku terus je wat keje. Maleh nk layan.

Next week seksyen die kena wat program pelancaran ape ntah. so, nak kena design banner. Ada hati plak suoh anak buah die minta tolong aku design kan. Malas aku nak layan. Anak buah die pun bersengkongkol dengan aku gak. Die siap perli lagi org tu kata  " Itulah..sape soh En.M  tak kasi pakai pc tu.".
Yang best nye plak, die takde rasa bersalah siap cakap lagi. "Haa..takpe. Nanti aku bagi tau pengarah!,".

Eleh..ingat pengarah nak dengar ke cakap die tu? skali aku bagitau hal sebenar baru tau. Tak heran pun die..mmg kaki kipas betol!! Hai...ape nak jadi ler dgn diorang ni. Harap je senior tapi perangai busuk!

Huh semangat ~ ~ Nasib telinga Mr. M ni ade pekak sikit. Kalau tak , mesti berasap telinga die dengar kami mengumpat pasal die.hehehe!!

Dua minggu kebelakangan ni, rasa macam pack sangat jadual aku ni. After kuiz pengguna, berkejar plak ke uitm with ketua seksyen + tn hj pasal pelancaran kelab pengguna ipta. Sekali lagi tertangguh tarikh untuk pelancaran tu. Hari Khamis lepas meeting sekali lagi, which i think will be the last meeting after 3 kali meeting. Kali ni memang muktamad sbb Menteri akan turun sendiri merasmikan pelancaran kelab ni pada 24 Oktober ni. Aish..cepat2 ler habis benda alah ni!!


Dilla + Intan



Esoknya plak ade jamuan raya opis - brownies dan puding jagung perlu-lah disiapkan malam itu juga. First time wat brownies, guna resepi Dilla. Alhamdulillah, walaupun rasa tak confident jer  tapi esoknya ble rasa balik 'air tangan' aku tu, sedap ler pulak.. ^_^ Puding jagung plak elok menjadi setelah dua kali buat asyik lembik2 jer. 






Last week aku dan my chen-ta bersiar-siar di Cameron Highland. Idea nak pegi ni datang dari aku sebenarnya. Tapi setelah mengharungi perjalanan 1 jam lebey, rasanya nak pegi sane untuk kali kedua, maybe tak ler dalam masa terdekat ni. Sebelum ni penah gak pegi sane, tapi bese ler..pegi dalam keadaan nyenyak tdo ni, berbeza dgn terbeliak biji mata ni. ^_^ tambah lagi on the way nak pegi sane, hujan plak..lagi ler xble tahan. Agak tidak berapa best pegi Cameron waktu tengah hujan2 ni, tambah lagi kami pegi agak lewat. Masa nak berjalan2 sakan tu terhad sangat, tambah lagi kami berdua bukan bese sangat jalan2 kat sini. Pas pegi Cameron, terus lajak ke open house Dilla. Punya la penat Dilla wat peta nak pegi umah dia, aku plak bleh terlupa nak bawa. Itu ler..syok nk berdating nye pasal! Sorry ek Dilla ~~ huhuhu tp selamat gak kami sampai berpandukan arahan drpd Dilla. Nasib sempat makan sate..sedaaapp.. ;). Lepas openhouse Dilla, kami menuju ke JJ nak tengok cite Papadom. Solat Maghrib kat surau, lepak2 kat foodcourt sambil2 mkn yong tofu, melawat MPH dulu...kiranya mmg betul2 nak menghabiskan masa ni.. :) Akhirnya..dapat juga tengok cite Papadom. Yang pasti cite ni kelakar, besh..tak rugi habiskan sepuluh hengget msk wayang ni!! mekacey abang...walaupun penat2 drive g Cameron, sanggup gak teman ayang tgk cite tu.. :*

Entry kali ni bercampur aduk dengan hal2 minggu ni dan last week nye cite. Tak sempat nak update blog, so mlm ni free aku humbankan sme skali dlm entry kali ni. Maaflah ye kalau ade yang terasa fening2 lalat membacanya..hehehe..


Harfic & Jasmira
Bye Bye ~~

Last week my opis agak2 bz sebab Kuiz Pengguna Antara Sekolah Menengah. Tahun ni giliran Perak jadi tuan rumah - hmm tak jugak sebab yang minta jadi tuan rumah adalah my big boss ^_^. Walaupun ader kekurangan, tapi dikira success sebab segala program yang dirancang berjalan mengikut jadual. Kalau nak diingat satu2 aktiviti yang aku wat, memang tak teringat..

Ahad, 4 Oktober 2009
  • Awal-awal pagi aku dah bangun nak packing brg2 masuk dalam beg sebab malam tadi memang malas gler nk mengemas! Dah jadi habit aku, beberapa hari nak pegi mmg xcited gler, tp ble dh tiba masanya tiba2 jadi malas bebeno! Haissh~~
  • Sampai kat opis baru teringat lupa bawa naskah surah Yassin. Walaupun selama ni bukan tak penah dok kat hotel, tp sebab hotel yang aku nak duduk ni ada sejarahnya, maka naskah Yassin kena bawa. Nasib Dilla tak bertolak lagi, so msg die suoh bawakan.
  • Menunggu orang ni mmg memenatkan. Patutnya orang yg responsible pasal kunci bilik ni datang awal, tapi bayangnya pun tak terlihat sehingga jam 12 tghari. Dari tunggu macam tunggul, bek kami pegi makan. Nasib jarak Tower Regency dengan Restoren Nasi Ayam Hainan tak bape jauh. Jalan kaki je, lima minit bleh sampai.
  • Jam 2 petang peserta-peserta kuiz mula berkumpul. Jenuh juga sebab urusetia yang jaga penginapan blom lagi muncul. Nasib Puan Lily & Miss Rabiah ade, so dorang  yang handle bab2 bagi kunci bilik ni.
  • Jam 5 petang, hampir semua peserta negeri2 sampai dan dapat masuk bilik masing2. So giliran aku dan dilla plak nak rehat2. Penat ler dari pagi sampai petang asyik ke hulu hilir jer.
  • Lepas solat Maghrib, kami g dinner bersama2 peserta2 negeri di cafe hotel. Dlm kol 8.30 start taklimat ringkat kepada para peserta bersama2 dengan wakil2 PPD dan org2 HQ berhubung aturcara2 mereka sepanjang 4 hari berada di Perak. Dalam kol 11 lebih baru selesai taklimat2 tu. Pastu masing2 cabut masuk dalam bilik untuk merehatkan diri, juga minda dorang.
  • Walaupun rasa ngantok yang teramat sangat, aku dan dilla gagahkan diri gak baca surah Yassin. Dua2 dah terangguk2 sambil membaca sampaikan tersasul sket - ble tersedar masing2 cam silap baca, baru tergadah menjegilkan biji mata, baca ayat2 tu betul2. Selesai baca, kami renjiskan air mineral yang kami bacakan surah Yassin tadi keliling apartment kami tu. Fuh~~ first time renjis2 ni, sbb bese nya mana amik pusing sgt bab2 macam ni. Slalu mak ngan abah yang wat.
  • Then, jkami berdua  bergayut dengan 'sayang' masing2 sampai kol  12 lebeh, aku dah serender. Tiba2 plak dengar bilik sebelah macam buka air, walhal kat sebelah apartment kami ni surau. Aku siap tanya dilla lagi, "Sape la yang amik wudhu tengah2 malam gini?,". Ayat penyejuk hati Dilla , "pekerja-pekerja hotel ni kot..,". Huhuhu..tau  macam tak betul jer. Pastu kami terus tarik selimut. Penat pun penat. Alhamdulillah malam tu kami tido dengan nyenyak sekali tanpa gangguan. Cuma terjaga kejap sebab sebelum tdo tadi tutup aircon. Bila dah lama2 tu, baru rasa hangat pingat! Nasib Dilla bek hati bangun n switch on kipas. Baru sambung balik tido.
  • Nape sme ayat2-ku ini skema semacam jer ??Rasa xlarat je nak tulis agenda2-ku untuk hari2 seterusnya. Will be continue...
  •  

tak tau le nape ske sgt bergambo ni..

 
tetap juga mahu menyelitkan diri dalam pic ni

 
posing dlm apartment - b4 ia jadi huru hara


 



timer..penyelamat kami ^_^

 
peserta mendengar taklimat lepas makan malam. ngatoks!!


pagi perasmian kuiz peringkat saringan
atas permintaan en razak yang ingin bergambar dengan-ku
hehehe~~ takde la



abis perasmian br bleh posing dkat2

     

     




    Lama dah nak post audio ni... tapi sebab tak ada kabel yang sesuai nak pindahkan rakaman meeting aritu, so baru skang aku dapat post mende alah ni. Geli hati pun ade bila aku dijadikan sasaran usik mengusik org dalam meeting ni. Perkara ini terjadi apabila tn haji terkeluar sasaran dari agenda meeting dek kerana berjam2 bincang pasal pengurusan pejabat dan cawangan2 negeri Perak. Al-kisahnya bermula dari kisah  mr. m yang digosip2 bercinta dengan 'tut' dari jabatan perangkaan. Tiba2 jer tn haji babitkan part aku plak. Mentang2 aku ni budak baik, tak penah bangkang ape die cakap..pandai plak die nak kenakan aku dalam meeting kali tu. Nasib jer time2 nak dekat pose. Kena sabar banyak2. Macam mana pun, aku tetap terkenang usikan dorang. Time tu mmg aku tengah bengong2 sket sebab meeting dari pagi, then berehat utk solat kejap. Terkejar2 gak aku nak masuk sambungan meeting sampai aku terpasang name tag terbalik. Satu bilik gak ler yang gelakkan kat aku. Memandangkan audio nyer tak berapa jelas, aku wat skrip kat sini sbb mlm ini kerajinan aku bertambah untuk menulis di blog ini.







         TH : Intan bercinta juga..
         HH : Orang muda..takpe bercinta
        TH : Apa takpe2..bercinta juga
        TH : Dia nak jaga badan, bagi slim kot..
        MM: Bercinta sampai name tag pun terbalik (Hangin betul aku time ni bile org 
                 tu tegur pasal name tag. Memalukan aku jer!)
         TH : Ha name tag pun terbalik. Tak percaya cakap aku! (Gelak tak tahan!)
                 Haa..orang nampak kan...bercinta la tu. (gelak lagi!!)
         HH : Baru lepas sembahyang tu kot..
         TH : Tak kira ler...(saje nak kenakan aku lagi le tu)
                 Orang bercinta ni  hilang pertimbangan. Itu le pasal orang tua selalu
                 cakap cinta itu buta dan cinta itu angau.(pandai la). Angau ialah hilang
                 pertimbangan sebab cinta itu gila kan. Tapi sebenarnya cinta itu hilang 
                 pertimbangan. (yang ini aku tak bape paham maksudnye sebab die pakai
                hentam  cakap jer. Terbalik pasang name tag hilang pertimbangan ke? )


    Then Hjh H  bercerita pasal budak muda angau depan rumah dia.

          TH : Ha...itu mabuk bercinta ler tu.Putus cinta.
                  Sekarang ni lately la kan.. kalau..intan, kalau kamu putus
            cinta..jangan ler kau terjun bangunan..tak 
            payah.Banyak orang ndak lagi kau. ^_^  
                 [ Yang len sebok  mengiyakan gak~~]






    Minggu ini aku tersangat2 sebok. Ahad ni opis-ku telah mula menerima kunjungan jemputan dari sekolah-sekolah di seluruh negara atas urusan kuiz pengguna peringkat kebangsaan. Pagi tadi tiba-tiba Puan Lily ajak aku pegi attend meeting pasal pelancaran kelab pengguna IPTA/IPTS/IPG di UiTM Seri Iskandar. Meeting ni baru yang pertama bagi Pn. Lily dan yang ke-dua bagi aku & Tn Hj. So far everything ok lar sbb banyak-banyak UiTM sendiri yang handle. Bengkel untuk penubuhan kelab Pengguna IPTA/IPTS/IPG selamat diadakan dengan jayanya oleh Seksyen Kepenggunaan dimana tunggak utamanya semestinya dilla a.k.a dillaz ^_^.

    Abis meeting kat Seri Iskandar, kami singgah kat Batu Gajah sebab Tn Hj nak amik tempahan spec die kat kedai situ. Jam dekat kol 1 lebeh, so die minta abang azrul- the driver singgah kat masjid di Pusing. Aku n Pn. Lily lepak dalam Sorento. Terlena gak aku menanti dorang abis solat Jumaat. Then dalam mamai2 bangun tdo Tn Hj pn masuk dlm kete.
      " Ha..?? Kamu tido ke?" 
    Hampeh! Mesti ler terlena sebab syok dok dalam kete berekon ni! ^_^ aku wat muka toye jer..wat pe nak malu kalau ade air liur basi lekat kat pipi..heheh. Aku anggap ayat die tu tak ubah cam ayat Abah jer..Aku sengih jer la. Tn Hj geleng2 kepala sambil minta abang Azrul gerak. ( Cam dah jadi cite dalam novel jer cara aku menulis ni.)

    Balik semula kat opis, sambung plak keje2 pasal Kuiz Pengguna. Tag untuk urusetia xsiap lagi, so minta tolong Wan Shaliza uruskan sementara aku design banner untuk ntah ke berapa kalinya. Kejap nk banner untuk hotel lar..untuk pertandingan pidato ler..debat ler..barbecue dinner ler..aisey..penat! Penat menunggu sebab pc kat opis tu lembab tahap cipan! Nak tunggu loading die pn dah kat dua minit. Belum nk edit ape2 lagi..apatah lagi nak save! Itu yang memakan masa hingga kol 5 lebih. Lepas Wan siapkan tag tu, aku kena edarkan dekat sme urusetia2 yang terlibat, kang tak bagi hari ni ble lagi nk bagi sbb prgrm dah start ahad ni. Dekat kol 6 baru sme selesai... ^_^
    Tengah2 aku punch out, tn hj panggil masuk bilik dia (kebetulan tempat punch card tu mmg dekat dgn bilik die). Hayooo...nak ape lagi? Abah mesti dah bising kat park bawah..

     " Kamu dah nak balik dah?", Tn Hj tanye macam tak nak kasi aku balik jer. Time tu Kak Ina dan anak buah die ade kat dalam bilik Tn. Hj. Cam bese ler..aku wat mke lembik.
     " A'ah..abah saye dah tunggu kat bawah",
     " Aiii...camne orang nk tackle kamu kalau asyik abah je amik?," Pandai jer Pak Aji ni serkap jarang nak korek rahsia aku.
     " Tak pe Tn. Hj..sy dah ade dah. Tak yah orang nak tackle2," aku jawab sambil malu-malu kucin kunun. ^_^
     Dan2 mke Tn Hj lain ..hehehe..dia pun tak sangka aku akan jawab gitu. Blur pun ade. Aku dah tergelak dalam hati dah! ^_^ Bese kalau die usik aku pasal bab2 boyfriend ni, aku selalu kata yang aku mane ade boyfriend. Tiba2 aku jawab aku dah ade boyfriend, mau tak terkejut?? Macam terkejutnya seorang ayah ble tau anak gadis die dah ade boyfriend. Gitu ler reaksi rupa die time tu! kekekek..
     " Dating2 ajak abah juga ke? Ha..esok kamu dtg opis tak?," Saje je die nak tuko topik. Kak Ina tergelak jer tengok Tn Hj mengusik.
     " Datang..saya datang..," aku balas beriya2. Mesti lar datang sebab banyak benda nak selesaikan esok. Goodies bag untuk student lagi..banner lagi..esok kena hantar kat Khass..
     "Ha..tak pe. Pegi le balik,". Akhirnya lepas gak Pak Aji ni. Dengan kebenaran die, aku terus laju keluar dari opis.

    Harap2nye takde lar die usik2 aku depan org2 opis pasal 'boyfriend' tadi tu. Dia tu mmg kuat daya ingatan. Apa2 jer die bleh bangkitkan balik. ^_^

    Itu ler cherita opisnya. Jarang betul aku nak bercerita pasal opis ni kat dalam blog. Sebab takde cite lain ler aku tulis benda2 ngarut kat dalam ni.. ^_^ sorry yer..


    Dah masuk 9 Syawal ni baru bleh update blog. Skang dah berwajah baru blog-ku ini. Boring plak dengan layout lama..lagipun blog lame tu tak upgrade pn, tak bleh nk letak link2 site yang aku ske jenguk. Sampai jam 4 pagi Jumaat aritu baru le selesai tacap2 sket blog ni. Tapi lagu2 jepun still my peberet utk background music My Precious Moment ^_^

    Semalam incek azhar datang menziarah,kiranya datang beraye gak ler. Kebetulan mak pun wat openhouse untuk kawan2 abah. Nasib time incek azhar datang ,  xde yang dtg lagi. Waktu tu baru kol 12 lebeh..tp datang tu pun kejap jer, sbb kami nak kena bertolak ke kuala kangsar ade member  satu poli die nak kawen. Kira first time ler, kami berdua pegi as kapel ^_*. Malu pun ade ble sampai kat umah org kawen. Banyak2 sme member die pun laki2 belaka..sampai ade yg mengusik..

        " oo..ni le yang dalam facebook tu? "
        " muka korang dua ade iras ler "
        " pandai plak azhar cari yang se'pesen' ngan die ye "

    Camtu ler ayat lebih kurang yang aku dengar bila sampai kat  kenduri tu..dah ler xkenal sape2..plus kami masih baru lagi. Takkan nak mengada2 dok sebelah die kot? ^_^  Nasib ade family member incek azhar yang namanya hanif aka burn datang. Ble la makan skali dgn dorang. Kalau tak mau nye incek azhar ajak makan semeja dgn geng2 dia. Saye ni pemalu tau incek azhar ~~
    Pas g umah org kawen, kami lajak pegi ke Seri Iskandar. Jauh gle  rasa perjalanan sbb ikut jalan lame..nk tertdo segan plak..ala,baru2 mmg camtu. Mesti sme ckp mcm tu..sbb baru2 ler mmg mcm ni. ^_^ dah lame2 tu tdo gaya mane pn msti dh tak kesah kan?? :)

    Balik kampung abah aritu mmg mencabar gle. Kan dah kate, wat pe kabut sangat nak balik jumaat petang tu? Bayangkan aje la..bertolak pukul 6 ptg Jumaat tu, kol 3 pagi Sabtu baru sampai ke kampung ter-chenta abah, Kubang Pasu. Nak tau sebab ape jadi lambat gitu skali? Sebab abah kite ni, dah ngantok sme gara2 makan nasi sedap waktu berbuka pose. Kunun2 nk berbuka kat sungai perak, tapi mak aii...berbaris kete nk masuk kat rnr sungai perak. Dah tu plak tepi2 jalan tu bersusun kete kat luar rnr tu. Bayangkan kalu kami turut berbaris same ? so nak tak nak kena lah kuar dari highway, singgah kat kuala kangsar makan kat mane2 restoren. Nasib ejam tau kat mane restoren yg ade sbb dia ni dah jadi orhang kuale :P..
    Dah makan tu plak kami teruskan perjalanan blk ke kampung ter-chenta abah. Tak sampai 10 minit bertolak, mata abah dah mengecil tahap kritikal. Mak kat sebelah dah gelabah sambil picit2 belakang abah tak nak bagi die ngantok. (Bagi aku, tu bkn picet..tp lebih pada pukol2 sampai tersedak abah dibuatnye ^_^). Tapi dah wat camtu pun, ngantok lagi. Hendaklah dia berenti seketika utk hilangkan ngatok. Tapi degil lagi tu..tak nak kuar dr kete. Kunun2 tdo kejap bleh hilang kot ngantok die. Pastu kami teruskan lagi perjalanan ke kpg ter-chenta abah. Ngatok lagi... :( singgah lagi, alasan pertama masih jadi pilihan abah. Teruskan lagi perjalanan wat kali kedua setelah berenti seketika. Pun ngantok lagi~~~ Last2 kami paksa berenti kat rnr mane ntah soh die tdo lame2 pastu soh dia kuar dari kete tu wat senaman2 ringan..hehehe..nasib tak soh die nari poco2 ^_^
    Kami plak kuar dari kete, tak tahan beb..bayang kan aku ni dah jadi mcm sardin kena himpit ngan ejam dan tok yang badan dorang mmg bleh tahan..mmg tahan besar ler!!! Kebas siooottt...
    Sambil2 tu aku ngan mak serta ejam bergosip kat luar. Lama gak kami bergosip pasal kampung ter-chenta abah tu..Pas persinggahan kali ke3 baru ler abah dah segar bugar. So..its our sleeping mode!! Dan mak tetap setia bersembang dengan abah tak bagi die ngantok~~

    So pagi raye..as usual lar kami bersalam2. Minta ampun segala dosa silap. Raye kali ni tak dapat duit raye sebab umo dah lebih 25 walaupun single but not available lagi. Aissh..adakah ini raye terakhir-ku sebagai single lady? heheh..tunggu jer lar.. ^_^ masanye akan tiba jua...



    Ampun abah sebab bergosip tentang-mu semalam ^_^



    Wahahaha... si adek berharap salah silapnnye diampun oleh Princess Intan ^_*


    Mother n daughter



    Intan + Lil' Muhaimin with his mom


    Penah ku-lihat scene ini ~~


    Mak + Opah Yang * Tok Yang * Intan Suhana

    Hari ini adalah hari paling busan bla hanya tinggal aku dan aliff saje dalam seksyen ni. Dilla n Wan start cuti raya hari ni, tu yang tambah membusankan!
    Malas nak amik cuti ari ni kunun2 nya nak elak dari balik kampung abah awal. Beraya di kampung abah paling membusankan berbanding beraya kat Kampung Gajah, tempat mak.
    Namun, oleh kerana kuasa tertinggi terletak di tangan abah..kami tetap balik kampung arini gak walaupun masa bertolak dia petang karang. Huh!!!!
    Tengah pening skang ni dek kerana kebosanan teramat sangat. Dalam kepala ingat nak tido jer time ni. Nasib hari ni hari Jumaat ~~ pendek sket masanya. Perut pun rasa cam masuk angin jer, tu yang penyebab pening kot?? Sahur tadi pun makan oat. Itupun ciput jer..tak lalu, terus buang dalam sinki. Membazir btol!!
    Hehehe..skang bunyi loceng dah bergema tanda masa rehat sudah tiba!!!!! Jom zzzzzz ~~~~~ ...syioknyer!!

    This entry maybe the last before Syawal menjelma. Wish you Selamat Hari Raya Aidilfitri.



    andai tangan tak kuasa berjabat
    setidaknya kata masih dapat diucap
    tulus hati memohon maaf
    atas segala dosa dan khilaf

    Assalamualaikum

    Tinggal bape hari lagi nk raya. Still aku blom lg dpt tau keputusan bagaimana ceritanya permohonan cutiku next week ;(  Tapi harap2 dapat cuti sehari pon ok gak. Tak nak lama2 sbb mana tau cuti tu bleh guna utk emergency ke??
    Malam ini sangat seronok sebab my chen-ta datang bertandang ke rumah dan berbuka pose skali dgn family. Shira yang paling mengada2 sekali ble jumpa dia.. ;)
    Ikutkan petang ni aku pon dlm keadaan dilema...Pak Aji beriya beno nk wat meeting dgn sme ketua2 cawangan. Dah ler waktu rehat td dia call soh bgtau sme kc2 yang meeting maybe delay ke pkol 3. Dalam hati nape lar tak batalkan ajer?? top2 betol2 kol 3 dia sampai kt opis. Meeting mula n xsmpai 10 minit dia minta kuar jap nak g tgk dewan kenanga pasal kat situ sme staf2 termsk dr cawangan datang untuk dengar ceramah 1Malaysia. Tengok2 xramai lg yang datang..ape lagi, mengamuk ler dia then dia minta kami2 yg kat blk meeting msk dewan skali . "Meeting dibatalkan, sme nek tingkat atas skang gak!". Camtu la bunyi nya intonasi pak aji tadi.
    Wah2 ~~ sonok tak terkira ler aku. Bleh ler balik awal..tujuan pak aji wat meeting ni pun sbb arini ade majlis berbuka pose utk sme warga PPDNKK Perak. Tapi sbb someone special nk dtg berbuka, aku malas nak join.. :) dia lg penting sehh~~~


    Selamat Menyambut Hari Raya
    Maaf Zahir Batin sekiranya ada salah dan silap
    Harap dimaafkan yerrrr~~


    ## EDIT ##
    Cuti diluluskan walaupun saat2 akhir borang dihantar. Last week lagi aku & Wan dah hantar borang cuti dekat Pn Lily, ketua seksyen HEP. Tapi rupanya diletaknya borang cuti kami ntah mana2. Nasib Kak Ton dari admin bagitau yang borang kami takde lagi. Kelam kabut gak ler cari borang tu dan hantar kat Kak Dahlia, PA Pak Aji. Membebel  boss aku tu sebab lewat hantar borang cuti. Tapi..dalam membebel2 tu, dia sain gak borang tu.. tu yang syok!! ^_^

    Sampul - Ku

    Bz btol seh hari ni ..tapi dalam2 bz pn sonok sbb tiba2 datang orang yang printing sampul duit raya untuk opisku. Ingatkan xguna le design aku, sbb time dorang decide tu aku tgh tak sihat kat umah. Ada org opis tu saje je nak sakitkan hatiku ini cakap yang bahagian IT banyak tukar design sampul tu..tgk2 xeffect pun. Dorang cuma add wording jer..apapun tetap kekal design aku tue .. ^_^

    kaler gold brown >








    < kaler biru laut

    Semenjak 2menjak ni, aku rajin btol ber'facebook'..besh ler sbb dpt kumpul blk member2 lama. Yang tak sangka nya, dpt jumpa blk member skolah rendah yg dah sedekad tak jumpa..sbb aku slalu merempat kat umah dia dulu time2 hingusan, so aku mmg ingt gle lar raut wajah dia. Dapat info dr dia, cinta monyet aku zmn darjah 1 smpai 3 dah kawen..ade anak 2 lagi. Wah2~~ advance ek..camne la rupa dia?? Lepas2 pindah ke Sarawak terus lost contact ngan diorang. Ye larr..time tu kecik lgi, mane reti nk minta2 alamat umah..bkn mcm skang, teknologi terlalu canggih~~ ^_^ but i love it!!! Kerana teknologi gak, dapat ler aku mengumpul sme kawan2 lama walaupun xtau ntah ble nk jmpa..rindu kat korang!!!




    poyo nyer..tp nk gak letak kat blog ni



    My Chen-ta & Me
    
    ♥♥ .. definately worth waiting for♥♥

    FEEDJIT Live Traffic Feed

    Funny when you wait for the right person to come, You always end up with the wrong one...
    But when you just sit at one corner and forget that the right person exists, he comes and ask if he could share that corner with you - FOREVER

    Siulan Chen-ta

    Daisypath Anniversary tickers

    NuffNang

    Sapekah saye?

    Foto Saya
    Intan Suhana
    Ipoh, Perak, Malaysia
    * permata intan payung bg hj nasir & hjh fuziah * hantu drama2 jepun & korea * tenet freaks * pinkholic * shopaholic * pecinta setia ^_^ * sangat pemalu -- :P * penah bercita2 mahu jadi pelakon + penyanyi w/pun tau sore tu sumbang * a bit sombong klu masa mula2 knl.. * sanggup habis berjam2 dpn pc, xplo photoshop,video editing,blogging
    Lihat profil lengkap saya

    Ske Layan

    Sembang Aje

    Ske Blogging